Thursday 6 June 2013

Bercuti bersama anak yatim darul izzah

Pada 1/6/2013 pada hari sabtu yang lalu. Aku telah menyertai rombongan pertubuhan anak yatim dan kebajikan darul izzah ke CameronHighlands. 

Aku sampai ke darul izzah pada 29/5/2013. Petang rabu. Aku stay kat situ. Memang selalunya kalau aku datang darul izzah aku akan tidur kat situ. Hehehe. Rindu tempat membesar. Petang tu aku sama2 dengan ust din iaitu warden Asrama Darul izzah, berborak... Hehehe. Maghrib macam biasa aku solat jemaah dengan budak darul izzah. Lepas solat maghrib. Aku kena bg ucapan pulak. Bukan ucapan. Tp nasihat. Hahaha. Bg nasihat kat budak darul izzah. Supaya mereka belajar rajin2. 

Lepas solat isyak berjemaah. Aku nan ust din lawan barminton. Haaaa. Lame kowt tak panas badan kat court darul izzah. Hahaha. Memey kalah la aku an. 


Hari berlalu. Sampai la 1/6/2013. Haaa. Kami kena gerak pukul 4:30 am. Giler baq hang. Awal nak mampos. Hahaha. Btw memey syok... Semanggat doee !! Hahaha. Tanpa ada complained dorang siap2. Ready tunggu kat court. Van sebijik dengan kereta alza sebijik. Aku naik van jew. 

Sebelum kami bergerak. Kami baca doa selamat. Berdoa agar Allah selamatkan perjalanan kami semua. Kami pun mulakan perialanan kami. Masa kat highway rawang kowt.. Pap !! Camera AES. Hahaha. Mengelabah sume. Lol. Hahaha...

Kami berhenti solat subuh kat patronas rawang kowt. Rehat seketika. Masa tengah rehat uh. Sempat la jugak snap 2-3 gambar. Hahaha. Laka laka jew :D 


           Solat subuh di R&R rawang

Hahaha. Kami pun teruskan perjalanan. Aku tidur lol masa perjalanan uh. Hahaha. Memey hobby. :P sedar2 sampai kat R&R mane ntah. Kami breakfast kat restaurant Pak Tam. Hahaha. Makan nasi lemak. Sambal bapak pedas.  But rendang ayam terbaik :D tema restaurant pak tam uh. "Sedap bagitau kawan... Tak sedap bagi taw pak tam..." Hahaha. 

       Breakfast di restaurant Pak tam. 


Kami teruskan perjalanan... Masuk area pahang. Jalan kampung. Naik bukit. Mak aih.... Jalan dye macam toq. Peneng kepala baq hang. Nak muntah pown ada. Dah la jauh. Hadoii... 

Nak dipendekkan cerita. Kami rehat smpai kat Bee Farm( taman lebah). Kami main sarang sesat. Memey sesat boh. Hahaha. 😊

Lepas tu kami bergerak pulak ke ladang teh. Waahh. Bukan main panas lagi. Hahaha. Hahaha. Nak naik ke ladang uh. Bapak tinggi boh. Kami amek2 gambar kat bawah... Danial… bapak laju. Kami kat bawah dia dah sampai atas. Hahaha. Lol giler. 






              Gambar diladang teh

Selesai diladang teh. Kami bergerak pula ke ladang strawberry. Haaa. Kat situ aku tak jalan. Penat. Aku lepak je kat depan kedai pintu masuk uh. HHaha. Aku tak twu ape dorang buat kat dalam uh. Tetiba keluar. Mak aih. Bukan main banyak lagi barang yg dorang shopping. Dengan bantalnyer… bunganya lagi… strawberry lagi. Memey banyak. Penuh van. Hahaha. Masa tu dah pukul 3 lebih kowt. Dah nak masuk asar. 

Kami niat solat jamak takhir. Kami solat kat surau mane aku pown tak twu. Hahaha. Jalan jaa. Masa sampai kat surau tu la baru aku makan sandwich yg bibik buat. Baru aku twu yg sandwich uh sedap. Hahaha :D hahaha. Memey talan habis la. Hahaha..

Destinasi terakhir kami… Mandi sungai. Kat lahad iskandar. Ntah betul ke tidak nama uh. Hahaha. Kat perak. Kami mandi sekejap je. Tp puas. Haaa. Kelakar kat sana. Tengok budak2 jatuh. Hahaha. Nama2 yg jatuh macam nangka busuk mazwan, abraham dengan acap. Pakte pulak lemas masa nak jadi hero. Hahaha. Memey laka :D 



                            Gambar mandi sungai



Dalam pukul 7.30 pm kowt. Kami pun bergerak pulang ke bangi. Hehehe. Lagi sekali kami kena tempuh jalan liku2..:. Uurgghh... Peneng boh. Sorang muntah. Hahaha. 

Kami berhenti makan kat R&R tapah. Kami makan apa yg kami rasa nak makan. Hahaha. Makan2 pas uh balik. Memey penat boh. Hahaha. 

Kami gerak dari tapah dalam pukul 11 pm gitu la. Dalam van aku sempat rakam perasaan budak2 nie. Haha. Memey best even penat. :D

Kami sampai kat darul izzah dalam pukul 1am... Tengok budak2 nie pun lembek jaa.. Hahaha. Cuma solehah anak ust ja yg tak penat. Dari dalam van asyik main nan ketawa jew. Hahaha. 



     Kami selamat sampai ke darul izzah 

Alhamdulillah. Kami selamat sampai. Program nie memey syok even satu hari jee. :D even penat… hahaha. Memey Awesome. Saya takkan pernah lupa trip yg awesome nie sampai bila2. Hahaha. Terima kasih pihak Darul Izzah kerana bawak saya sekali. 

-bekas pelajar darul izzah- -syukur-