Friday 6 June 2014

aku sebagai student

malam semalaam aku tak dapatmelelapkan mata, kerana terpikir macam mana aku harus menempuh hati esok. umm... 

pagi ini, sayu... aku mengemas bag perlahan kerana aku ingin menghabiskan masa aku sebaiknya dirumah. hati kata "aku tak nak pergi dari rumah ini..." tetapi ini kewajipan aku untuk blah dan mencari kesenangan untuk masa hadapan.

aku melihat disekitar aku, bilik aku yang luas didalam nya ada katil bujang disebelah tingkap, almari kecil jauh disudut bilik aku, dan lukisan lukisan yang tertampal di dinding dinding bilik aku. 

perlahan aku bangun, aku pergi pada bag aku. aku angkat dengan rasa yang tidak bermaya... "ya Allah, kau tabahkan hati ini ya Allah..." 

aku melangkah, pergi meningkalkan rumah... aku melihat ibuku dan adiku... makin jauh dan makin jauh... sedih dan rindu yang hanya aku rasa kini. 

apa yang dapat aku ucap hanyalah..."selamat tinggal mak, selamat tinggal adik..." 

aku mesti meneruskan perjuangan aku sebagai seorang student semester akhir course seni halus, di UiTM kampus Seri Iskandar... :')