Friday 6 June 2014

aku sebagai student

malam semalaam aku tak dapatmelelapkan mata, kerana terpikir macam mana aku harus menempuh hati esok. umm... 

pagi ini, sayu... aku mengemas bag perlahan kerana aku ingin menghabiskan masa aku sebaiknya dirumah. hati kata "aku tak nak pergi dari rumah ini..." tetapi ini kewajipan aku untuk blah dan mencari kesenangan untuk masa hadapan.

aku melihat disekitar aku, bilik aku yang luas didalam nya ada katil bujang disebelah tingkap, almari kecil jauh disudut bilik aku, dan lukisan lukisan yang tertampal di dinding dinding bilik aku. 

perlahan aku bangun, aku pergi pada bag aku. aku angkat dengan rasa yang tidak bermaya... "ya Allah, kau tabahkan hati ini ya Allah..." 

aku melangkah, pergi meningkalkan rumah... aku melihat ibuku dan adiku... makin jauh dan makin jauh... sedih dan rindu yang hanya aku rasa kini. 

apa yang dapat aku ucap hanyalah..."selamat tinggal mak, selamat tinggal adik..." 

aku mesti meneruskan perjuangan aku sebagai seorang student semester akhir course seni halus, di UiTM kampus Seri Iskandar... :') 

Tuesday 27 May 2014

kisah benar

salam... ini kisah benar dari aku (penulis). cerita ni seram ni berlaku masa aku cuti sem dan berada di Bangi. masa dekat Bangi aku tinggal di sebuah asrama rumah anak yatim. aku sebenarnya bekas pelajar kat situ. 

kisah ni berlaku lepas beberapa hari aku tinggal kat situ. pada suatu malam... dalam anggaran pukul 2/3 pagi macam tu lah... aku duduk kat katil yang disediakan untuk aku. aku tengah main ipad aku masa tu... tetiba aku dengar suara budak menyanyi kat luar bilik. suaranya agak tidak jelas. tp dari alunan tu aku tahu dia sedang menyanyi... aku buat tak tahu. malas aku nak layan... bunyi itu diam perlahan2...

dah lewat malam mata aku masih lagi tak ngantuk. ummm... aku termenung lah... waktu aku baru nak lelapkan mata, tetiba aku dengar bunyi orang seret plastik depan pintu bilik aku ni. ya allah aku dah makin cuak... aku memberanikan diri aku utk keluar. aku tengok kat luar tak ada apa... perghhh.. 

aku pun masuk dalam bilik balik, aku baring... waktu baring tu aku rasa macam ada orang berdiri kat bahagian kepala aku... erghh.. aku malas nak layan. lagi aku layan lagi takut aku. ummm... aku baca apa yang patut. tak lama lepas tu aku lelap. 

tapi cerita tak abes lagi... hari berikutnya aku kena kacau benda yang sama. sampai hari aku nak balik. aku berdoalah semoga tak ada apa yang berlaku pada aku. amin... 

Saturday 15 March 2014

cerita rockers

nie cerita gua. si rocker... gua ada syok kat satu awek ni. gua tak taw kenapa gua syok kat dia. 2 tahun beb gua sanggup tunggu untuk dapatkan dye. gua usaha keras untuk pikat hati dia. macam2 gua rasa... sakit hati, sedih, rindu... gua rock, rock jugak.... tp gua pun ada hati. ingat sume rock hati batu ke apa. hahaha kadang2 rockers pun layan jiwang. :P

kalau gua dengar lagu Kau Yang Bernama Seri- Handy Black kompom gua rindu dye punye. hati rasa macam kena tikam beb. perghh... ada cerita pasal lagu nie. antara gua dengan dye... tangkap leleh :)

kalau gua lepas OTP dengan dia... gua mesti layan lagu Sketsa Sebuah Cinta- MAY.... memang gua akan senyum sendiri. lirik dia kaw kaw... gua suka dengar lagu, pasal ada soul taw. buat gua happy, gua rindu, gua sedih...

gua teringin satu hari nanti nak hidup bahagia dengan dia. gua tak de lah hensem kan. tp gua ada satu hati yang cintakan dia. halamakk... :D

gua malas la nak tulis pepanjang. gua stop sampai sini jela. -..-
nanti ada masa gua kasi story la. hahaha...

ada ke org yg sudi baca story gua nie.. ??
hahaha.

http://www.youtube.com/watch?v=N029Tmi2i6Y





Saturday 1 March 2014

3.00am

jam menunjukkan sudah pukul 2:50am... nama aku ali (bukan nama sebenar). aku student UiTM seri iskandar, Perak. aku ambil course Office Management, tu pasal aku nmpak relax, berbanding student yang ambil course ARt Design, Town planning, Landscape dan yg lain lah. Apa yang masih aku buat pagi2 buta nie ?? mata aku tak boleh nak lelap. maybe pasal aku minum nescafe dinner td. ummm... 

aku suka bersocial, maksud aku facebook, twitter, blogger. kalau dekat luar aku nie agak pemalu hendak bergaul. hehehe, okey back to the story. malam nie agak sunyi pasal budak ramai g balik rumah, biasalah sabtu ahad kan. tak sah kalau tak de student yg balik rumah. aku tinggal di blok angsana, wing A, aras 2. menghadap blok bidara. blok aku agak sunyi malam nie. aku baring atas katil sambil layan lagu jiwang.

aku tengok jam, dah pukul 2:55am... aku bercakap sendiri "haih... asal la tak ngantuk lagi nie...??" tengah2 lepak, tetiba aku rasa sejuk semacam. angin sepoi2 bahasa... aku tengok kearah tingkap, nak kata terbukak, tidak, aku tutup semuanya. ummm... biarkan jelah kata aku. aku sambung baring. niat nak tidurlah, aku stop play lagu di laptop, tapi aku tidak shut down. aku biarkan ianya terbukak.

aku baring, tiba2, terdengar seperti tingkap aku diketuk... shhh... suasana pada masa tu senyap. aku menelan air liur, aku buat tak tahu... aku smbung baring. makin aku hendak memejamkan mata, makin lama ketukan itu, aku cakap dalam hati... "burung kut..." tapi mustahil burung terbang malam2 nie, kecuali burung hantu. 

jam pukul 3am, tingkap aku diketuk lagi, bulu roma aku terus meremang... dalam hati hanya berdoa "ya Allah, lindungilah aku dari gangguan syaitan dan iblis..." bunyi ketukan itu diam sekejap. aku merasa lega. tapi hanya sekejap, lagu di laptop main sendiri... terperanjat aku. 

dalam hati hanya berdoa minta dilindungi. aku merangkak mati kan lagu dan shutdown kan laptop. aku bangun untuk ke katil, sekilas pandangan aku ke cerimin tingkap... aku nmpak seorang gadis berbaju putih merenung tajam kearah aku... 

"Ya Allah !!"

aku terpejat, melompat aku keatas katil cuba untuk memejamkan mata... aku menggigil. tidak lama kemudian, aku pun lelap dengan sendiri. aku tidak tahu kemana perginya kak Pon tu... 

ini kisah benar aku. 

cerita ni bosan... keseronokan dia rasa bila anda kena. hahahahahaha

cerita dari hati

cerita dari hati...
pertama kali mata melihat cinta, hati mula terpaut.
hati bergelut dengan rindu yang teramat kuat,
hati sakit, tetapi tidak ada siapa yg tahu...

hati bercerita lagi, 
bila hati dikecewakan,
tetapi, hati tidak pernah berdendam.
hati terus melupakan semua perkara yang pahit.

hati tidak lupa berdoa pada yg esa,
ya Allah aku terlalu rindukan dia,
bukakan lah pintu hati dia untuk terima aku ya Allah...
hati menangis kesakitan.

hati, berkata,
aku sayangkan dia, 
sampai bila2....

setahun berlalu,
akhirnya hati yg dulunya luka,
kini dibalut,

hati yg dulunya sedih,
kini gembira,
dan tersenyum,

kerana...

engkau wahai cinta. 

terima kasih sayang kerana sudi singgah di hati saya,
terima kasih sayang kerana memberi saya peluang untuk mencintai awak.
saya akan setia selagimana setianya awak pada saya. 

I LOVE YOU SAYANG <3