Saturday 1 March 2014

3.00am

jam menunjukkan sudah pukul 2:50am... nama aku ali (bukan nama sebenar). aku student UiTM seri iskandar, Perak. aku ambil course Office Management, tu pasal aku nmpak relax, berbanding student yang ambil course ARt Design, Town planning, Landscape dan yg lain lah. Apa yang masih aku buat pagi2 buta nie ?? mata aku tak boleh nak lelap. maybe pasal aku minum nescafe dinner td. ummm... 

aku suka bersocial, maksud aku facebook, twitter, blogger. kalau dekat luar aku nie agak pemalu hendak bergaul. hehehe, okey back to the story. malam nie agak sunyi pasal budak ramai g balik rumah, biasalah sabtu ahad kan. tak sah kalau tak de student yg balik rumah. aku tinggal di blok angsana, wing A, aras 2. menghadap blok bidara. blok aku agak sunyi malam nie. aku baring atas katil sambil layan lagu jiwang.

aku tengok jam, dah pukul 2:55am... aku bercakap sendiri "haih... asal la tak ngantuk lagi nie...??" tengah2 lepak, tetiba aku rasa sejuk semacam. angin sepoi2 bahasa... aku tengok kearah tingkap, nak kata terbukak, tidak, aku tutup semuanya. ummm... biarkan jelah kata aku. aku sambung baring. niat nak tidurlah, aku stop play lagu di laptop, tapi aku tidak shut down. aku biarkan ianya terbukak.

aku baring, tiba2, terdengar seperti tingkap aku diketuk... shhh... suasana pada masa tu senyap. aku menelan air liur, aku buat tak tahu... aku smbung baring. makin aku hendak memejamkan mata, makin lama ketukan itu, aku cakap dalam hati... "burung kut..." tapi mustahil burung terbang malam2 nie, kecuali burung hantu. 

jam pukul 3am, tingkap aku diketuk lagi, bulu roma aku terus meremang... dalam hati hanya berdoa "ya Allah, lindungilah aku dari gangguan syaitan dan iblis..." bunyi ketukan itu diam sekejap. aku merasa lega. tapi hanya sekejap, lagu di laptop main sendiri... terperanjat aku. 

dalam hati hanya berdoa minta dilindungi. aku merangkak mati kan lagu dan shutdown kan laptop. aku bangun untuk ke katil, sekilas pandangan aku ke cerimin tingkap... aku nmpak seorang gadis berbaju putih merenung tajam kearah aku... 

"Ya Allah !!"

aku terpejat, melompat aku keatas katil cuba untuk memejamkan mata... aku menggigil. tidak lama kemudian, aku pun lelap dengan sendiri. aku tidak tahu kemana perginya kak Pon tu... 

ini kisah benar aku. 

cerita ni bosan... keseronokan dia rasa bila anda kena. hahahahahaha

No comments:

Post a Comment