Sunday 21 April 2013

Rumah pertubuhan anak yatim dan kebajikan darul izzah

assalamualaikum..
 
nama aku abdul syukur, aku adalah bekas pelajar rumah anak yatim darul izzah. aku di masukkan sejak aku berumur 12tahun sampai lah aku abes spm. sekarang aku dah abes belajar di darul izzah nie, aku sekarang dah sambung belajar kat UiTM. alahamdulillah.. aku bersyukur kerana apa yang diberikan disini adalah percuma, dari segi pedidikan, makanan dan barangan keperluan.. semuanya adalah percuma.

serba sedikit sejarah pertubuhan rumah anak yatim darul izzah. 


Darul `Izzah telah diasaskan penubuhannya oleh Ustaz Idris Omar pada pertengahan 1996 di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pada tahun 2002, pembinaan Rumah Anak Yatim Darul ‘Izzah di Temerloh telah dimulakan dan siap pada penghujung tahun 2004. Rumah Anak Yatim Darul ‘Izzah di Temerloh adalah komponen Kompleks Darul ‘Izzah yang akan terdiri daripada rumah anak yatim, rumah orang tua dan juga pusat pengajian agama.

Rumah Anak Yatim Darul ‘Izzah di Temerloh menempatkan pelajar-pelajar perempuan dan pengambilan generasi pertama bermula pada tahun 2005.

Rumah Anak Yatim Darul `Izzah ditadbir oleh satu badan yang dinamakan sebagai Pertubuhan Anak Yatim Darul `Izzah. Bermula pada 2005, pindaan kepada nama dan undang-undang tubuh Pertubuhan telah ditukar kepada Pertubuhan Anak Yatim Dan Kebajikan Darul ‘Izzah.

Ini adalah untuk membolehkan pertubuhan memperluaskan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya pembinaan rumah orang-orang tua di Kompleks Darul ‘Izzah, Temerloh, Pahang. Pertubuhan ini bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan pentadbiran, kewangan, pendidikan dan kebajikan penghuni Darul ‘Izzah.

Pengambilan generasi pertama bermula dengan pelajar lelaki pada 1 Januari 1997 dengan 9 orang pelajar. Pada tahun kedua Darul ‘Izzah mempunyai 14 orang pelajar dan diikuti dengan 28 pelajar pada tahun 1999.

Sehingga Oktober 2006, Darul ‘Izzah mempunyai 28 pelajar lelaki dan 22 pelajar perempuan. Pengambilan generasi pertama pelajar perempuan dilakukan pada 19 Disember 2004.

Di samping pembelajaran di sekolah, Darul ‘Izzah juga memberikan didikan dan asuhan yang merangkumi semua aspek kepada anak-anak Darul ‘Izzah. Kemudahan asrama yang ada sekarang membolehkan ianya menampung keperluan seramai 50 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan. 

pelajar2 darul izzah 

semasa menyambut hari jadi ustaz Din iaitu warden darul Izzah

riadah 

solat sunat dhuha di surau darul izzah

bacaan doa pagi di surau darul izzah

solat sunat taubat di surau darul izzah

di sini amat menitik beratkan ajaran agama. bermula dari pagi sehinggalah malam. kami akan diajar cara hidup seorang islam yang sempurna. pada pagi sabtu dan ahad, akan diakan tazkirah subuh, pada pagi2 yang lain akan diadakan hafazan al-quran. :)

4 comments: