Saturday, 27 April 2013

lirik lagu- ANAK- carefree


Ketika engkau dilahirkan
Engkau menerangi alam
Kegelapan ayah dan ibu mu

Betapa murni kasihnya
Ketika kau nyenyak tidur
Menatapi wajahmu oh anak

Kenanglah ibu mu tidur tak lena
Menjaga tidur mu

Takut engkau terbangun
Menangis kehausan susu

Di belai mu dengan cermat
Penuh kasih dan sayang
Tiap detik dan setiap waktu

Kini masa terus berlalu
Di mandi dengan kasih sayang
Kau besar sudah oh anak

Ibu dan ayahnya memberi kau
Kebebasan yang engkau mahu

Di samping didikan agama
Yang sempurna untuk hari muka mu

Kini kau telah jauh berubah
Sikapmu kasar dan menderhaka
Yang meracuni hati mereka

Inikah balasanmu anak
Yang membelakangkan sifat tuhan
Hormati ayah dan ibumu

Walaupun apa yang kau lakukan
Kini kau telah sedar
Ibu dan ayah menerimamu
seperti biasa

Begitulah sucinya kasih ayah dan ibu
terhadapmu

Kenanglah jasa mereka selalu berkorbankan
untukmu anak 

Sunday, 21 April 2013

Rumah pertubuhan anak yatim dan kebajikan darul izzah

assalamualaikum..
 
nama aku abdul syukur, aku adalah bekas pelajar rumah anak yatim darul izzah. aku di masukkan sejak aku berumur 12tahun sampai lah aku abes spm. sekarang aku dah abes belajar di darul izzah nie, aku sekarang dah sambung belajar kat UiTM. alahamdulillah.. aku bersyukur kerana apa yang diberikan disini adalah percuma, dari segi pedidikan, makanan dan barangan keperluan.. semuanya adalah percuma.

serba sedikit sejarah pertubuhan rumah anak yatim darul izzah. 


Darul `Izzah telah diasaskan penubuhannya oleh Ustaz Idris Omar pada pertengahan 1996 di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pada tahun 2002, pembinaan Rumah Anak Yatim Darul ‘Izzah di Temerloh telah dimulakan dan siap pada penghujung tahun 2004. Rumah Anak Yatim Darul ‘Izzah di Temerloh adalah komponen Kompleks Darul ‘Izzah yang akan terdiri daripada rumah anak yatim, rumah orang tua dan juga pusat pengajian agama.

Rumah Anak Yatim Darul ‘Izzah di Temerloh menempatkan pelajar-pelajar perempuan dan pengambilan generasi pertama bermula pada tahun 2005.

Rumah Anak Yatim Darul `Izzah ditadbir oleh satu badan yang dinamakan sebagai Pertubuhan Anak Yatim Darul `Izzah. Bermula pada 2005, pindaan kepada nama dan undang-undang tubuh Pertubuhan telah ditukar kepada Pertubuhan Anak Yatim Dan Kebajikan Darul ‘Izzah.

Ini adalah untuk membolehkan pertubuhan memperluaskan aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya pembinaan rumah orang-orang tua di Kompleks Darul ‘Izzah, Temerloh, Pahang. Pertubuhan ini bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan pentadbiran, kewangan, pendidikan dan kebajikan penghuni Darul ‘Izzah.

Pengambilan generasi pertama bermula dengan pelajar lelaki pada 1 Januari 1997 dengan 9 orang pelajar. Pada tahun kedua Darul ‘Izzah mempunyai 14 orang pelajar dan diikuti dengan 28 pelajar pada tahun 1999.

Sehingga Oktober 2006, Darul ‘Izzah mempunyai 28 pelajar lelaki dan 22 pelajar perempuan. Pengambilan generasi pertama pelajar perempuan dilakukan pada 19 Disember 2004.

Di samping pembelajaran di sekolah, Darul ‘Izzah juga memberikan didikan dan asuhan yang merangkumi semua aspek kepada anak-anak Darul ‘Izzah. Kemudahan asrama yang ada sekarang membolehkan ianya menampung keperluan seramai 50 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan. 

pelajar2 darul izzah 

semasa menyambut hari jadi ustaz Din iaitu warden darul Izzah

riadah 

solat sunat dhuha di surau darul izzah

bacaan doa pagi di surau darul izzah

solat sunat taubat di surau darul izzah

di sini amat menitik beratkan ajaran agama. bermula dari pagi sehinggalah malam. kami akan diajar cara hidup seorang islam yang sempurna. pada pagi sabtu dan ahad, akan diakan tazkirah subuh, pada pagi2 yang lain akan diadakan hafazan al-quran. :)

Wednesday, 17 April 2013

KORD/CHORD GITAR: RIMBA BARA: TIKA (Filem ROCK OO)

Filem Rock Oo Rimba Bara Kembali adalah antara filem yang paling dinanti-nanti oleh peminat sekalian. Berita baiknya, filem ini kini sudah mula ditayangkan di pawagam berhampiran anda bermula 28 Februari...
KORD GITAR
TIKA
RIMBA BARA KEMBALI
RIMBA BARA


Am G Am G
Cahaya didalam cermin

Am G Am G
Memukau hingga memaksa

Dm C#m Dm C#m
Ku cari kedasar diri

Dm C#m C  G
Cintaku yang hilang

Am G Am G
Rupanya ku salah sangka

Am G Am G
Kasihmu tak pernah sepi

Dm C#m Dm C#m
Kerana terlalu hampir

Dm C#m C G
Ku leka hadirmu


Chorus:

F          G
Sentiasa disisi ku
F          G
Merestui ambisi ku
F             Em
Lantas ku takkan berubah
F          G
Berganjak di jalan ini

Am G Am G
Selagi bumi berputar

Am G Am G
Tekadku terus berjuang

* ulang chorus

Am G Am G
Tangisan Harum tertumpah..

Monday, 15 April 2013

hospital

Sumber cerita nie dari kawan aku. aku tak pasti samada betul atau pun tipu...

kawan aku nie nama dye Ain. skunk unur dia sama dengan aku 19 tahun. Die nie tinggal dengan nenek dye kat negeri sembilan, Ain dibela oleh neneknya sejak dia berumur 5 tahun lagi. MakBpak dia ada lagi. cuma dorang tu bz.. base lah ade bisness.. 

Ain berpindah balik ke kl pada umur dia 13 tahun. dan bersekolah di klang. Nak dijadikan cerita, baru2 ni nenek dia koma, dan dimasukkan ke hospital. kawasan kat hospital tu sangat mneyeramkan. dan kawasan dia agak pendalaman. tp Ain tak cakap kat aku kawasan mana... 

Semua family serta adik beradik mak bapak sume turun... sume ade kat hospital mase uh. sebab nak tengok nenek dye. lepas dah tengok, beransur2 pulang... dan tinggallah kat situ maksu si ain dan mak dia. hari semakin gelap... mak ain pun dah ak pulang ke rumah... tapi... mak ain tak nak bawak balik ain sekali. mak ain nie nak dye tinggal kat hospital nie berbincang jaga nenek die. lalu bebincang lah mak ain nie dengan maksu dia.. tapi malang naseb ain, maksu dye pown tak boleh nak teman kan ain, sebab esoknya maksu dia ade kerja. tinggal lah ain nie sorang.. kat hospital jaga nenek dye


haaa.. malam tu... utk tahan takut punya pasal.. ain on9 facebook dan twitter. lama gak la... ye la sape yg tak takutkan tinggal sorang2 kat hospital. pukul 1 lebih, ain dah mula rasa bosan... dye pown pergi kearah tingkap utk menghirup udara pagi uh... angin sayu jew malam uh, dengan cahaya bulan yang terang.. tengah feeling ain lepak amek angin... tetiba dye nmpak satu cahaya dari pondok pengawal... cahaya touch light katanya, yang menyuluh kearahnya. pengawal tu tua, dan menyeramkan.. ain memanggil... tetapi tiada jawapan.. ain berpaling kearah neneknya.. 

apabila dipandang balik kearah tadi, suluhan lampu tu dah tiada.. ain menjadi hairan, perasaan takutnya semakin menguasai diri... meremang bulu roma ain masa tu. masa dia nak duduk semula disebelah neneknya, dia seolah2 rasa seperti ada yang memandang... ain mencari, tp tak de sape pun kat situ. ain perlahan meletakkan kepalanya dikatil... tetiba jew ain terdengar bunyi tapak kaki seakan2 berlari.. ain pergi kearah pintu utk melihat.. sampai jew kat pintu uh... tak de sape2 kat corridor uh..
gambar hiasan

dalam pukul 3 lebih kowt... ain ade cerita dia dengar suara pesakit yang batuk... bukan batuk biasa katanya... batuk dia kuat, macam nak keluar anak tekak. hahaha.. selain tu, ade jugak dia dengar suara orang india yang menjerit dihadapan hospiatal tu.. tp tak tahu apa puncanya.. dia mabuk ke apa ke... 

dia cerita lagi dia tertidur kat situ, dan pagi tu dia cerita kat mak dia. mak dia tanye la kat doktor tu, sape guard tua yang jaga shift malam uh.. doctor kat situ kata hospital nie tak de guard tua. 

kesian ain truma nak pergi hospital... :P

-The End-


Sunday, 6 January 2013

Cerita yang tiada penamat

Awang(bukan nama sebenar) tinggal kat sebuah kampung yang bernama Kampung Cendawan(bukan nama kampung sebenar). Awang seorang yang malas buat kerja.. Mak dye suruh buat kerja macam2 alasan dye bagi, assignment pown dibiarkan terbengkalai macam loji yg tak habis dibina. But.. Something that awang like is BERCERITA. Macam2 awang bercerita kat warung pak mat uh (bukan warung sebenar). Selalu nya amek masa 3-4 jam na tunggu awang abes bercerita. Tp best jugak la. Dye hibur kan orang kampung yg kenatan n lepak kat kedai uh. Baiknyer dye...
Tapi lama kelamaan orang kampung jadi bosan lah. Asyik awang jew bercerita. Orang lain memang tak boleh menyampuk. Ummm. Kalau aku jadi orang kampung pown aku bosan. Nak dijadikan cerita.. Satu hari tu... Adalah anak orang kaya nie. Pangkat... Ummm. Ntah lah. Tp besar lah pangkat dye. Kaye pulak tu. setakat na beli iPad, iPhone.. Ape agy.. Ta de hal laa. Okey sambung balik... Dye nak carikan menantu utk anak perempuan dye.. Cun giler anak perempuan dye. Class A. Hahahaha.
Tapi dye ta twu nak cari calon yg macam mana. Sebab anak dye nie pendiam.. Pendiam giler ah !! Sampai kalau dye bukak suare pown.. Yg dengar ialah orang yg paling rapat telinga dye dengan mulut pompuan uh. Hahaha. Melampau.. Pe pe jew la. So rumah dye sunyi la. Sunyi gilerr !! Malam uh bapak dye berfikir orang macam mana nak cari utk jadi menantu dye. Lebih 4-5 jam bapak dye fikir.. At last bapak dye dapat satu idea. Hehehehe.
Bapak nak cari menantu yang suka bercerita.. Hahahaha. Tapi bukan sebarang cerita.. Bapaknya nak sebuah cerita yang tidak ada penamatnya. Paginya tu.. Bapak dye pown edarkan flyers kat umah sekitar kampung Cendawan uh. Awang pown dapat lah flyers tu. semua penduduk kampung cari lah cerita masing2. Orang kaya tersebut bg masa 2 hari utk penduduk kampung cari cerita masing2. Hahaha. Macam2 cerita ada..
Tibanya hari yang ditunggu2 oleh penduduk kampung. Mereka datang kerumah orang kaya tersebut. Mereka bersedia menghafal.. Meng.. Meng.. Meng apa apa jew la..
Ada satu peserta nie.. Cerita dye pasal laga ayam.. Dye bercerita nak dekat 2 jam. Last2. Sampai part "akhirnya si ayam jantan A dah pown kalah kan si ayam jantan b" lalu orang kaya tu pown tanya " pas uh ape jadi ??" Orang uh pown jawab.. "Abes laaa.. ". Dengan sopan orang kaya tu cakap.. "Encik muka awak dengan kaki saya nie dekat jew. Kang bila saya sepak. Terus keluar kang. Baik encik blah sebelum kaki saya nie terbang bagai pesawat pejuang." Hahahaha. Bila sampai turn awang yang baru bangon tidow nie bub menunggu giliran yg bapak lama. Biasa la orang last. Hahaha. So orang kaya tu macam pandang sinis kat awang. Orang kaya tu tanye awang "ummm.. Cerita apa yg awak nak cerita nie ??" Lalu awang menjawab "cerita nelayan menangkap ikan bilis". Bila dengar jew tajuk cerita awang. Orang kaya tu dengan isteri dan pembantu rumah pown ketawa la. Berdekah Macam beruk kena sampuk. Hahaha. Awang pown mula kan cerita... "Pada satu masa dahulu zaman nenek saya muda. Ada seorang nelayan nama dia ahmad.. Dia seorang nelayan yg gigih menjala.. Satu hari ahmad turun kelaut.. Lalu ditebarkan nya jala tersebut.. Bila diangkat berjuta2 bermillion2 ikan bilis yg tersangkut pada jala ahmad. Tiba2. Satu tali jaring jala tersebut putus... Lalu.. Terlepas seekor ikan bilis.. Lagi sekali putus seutas tali jaring jala. Terlepas lah seekor lagi....lalu.. Putus lagi.. Terlepas lagi seeokor... Dan seekor lagi.. Seekor lagi.. Seekor lagi.." Sampai 9jam awang ulang benda yg sama...
Orang kaya tu bosan.. Dan dia minta ditangguhkan cerita awang. Dye suruh sambung esok.
Tibanya keesokkan hari.. Awang pown ulang benda yang sama.. Dari pagi sampai la ke petang... Bila orang kaya uh da fed up orang kaya tu tanya kat awang "weii.. Weii.. Sedara.. Bila na abes nie ?? " dengan selamba awang menjawab.. " ta tahu lah encik. Sebab saya pown ta tahu berapa banyak ikan bilis yang sanggkut pada jala ahmad.." Awang jawab sambil senyum..
Orang kaya pandang isteri dan semua yang ada dalam rumah tersebut. Dan....
Mereka...... Mengangguk tanda setuju !! Utk menjadikan awang nie sebagai menantu mereka..
Lepas majlis akad nikah. Rumah orang kaya tersebut tidak lagi sunyi. Malah lebih riuh dari rumah bujang.. Hahaha. Bahagia keluarga mereka...

-the end-


Wednesday, 2 January 2013

cerita hantu tidak berkepala

Aku ada satu cerita na kongsi nan korang sume. nie cerita seram aku masa aku tinggal kat asrama dulu.. aku anak yatim. aku tinggal kat rumah anak yatim.. nama jew rumah tapi. rumah nie seakan2 asrama.. besar.. aku masok asrama uh start aku darjah 5. 
tapi cerita hantu aku nie terjadi pada aku berumur 14 tahun.. mase aku form 2. malam uh memang lain asenyer dari malam2 yg lain.. ape yang lainnyer.. malam uh aku rasa sunyi jew. kebiasaannya asrama nie riuh dengan ketawa, budak2 menjerit.. ape2 lagi la. but malam uh ta de. aku pown rasa cam sunyi jew la. 
masa aku na tidow uh. ade sorang budak nie. nama dye danial. dye nie selalu sangat cerita hantu kat kawan2 dye. aku pown kadang2 layan jugak. kalau best la. kalau tak.. ummm.. biakan jew.. malam uh si Danial nie cerita pasal hantu tak berkepala.. dulu masa aku mula2 masok asrama nie. dye pernah cerita kat aku pasal hantu tak berkapala nie. tapi aku buat tak tahu jew.. aku cakap karut lah ape la.. 
tapi malam tu.. tanggal 14.8.2008... dye cakap.. "malam nie benda uh mesti datang.. " aku pown penuh tanda tanya la.. aku tanye balik.. tp dye langsung tak nak cakap. dye suruh aku tunggu dan lihat. lepas aku masok bilik aku. aku rase cam tak sedap hati. jantung aku berdegup kencang. bilik aku gelap, bub sume member2 aku termasuklah aku sudah pown tidur. aku terjaga, time2 tu aku dengar satu bunyi cam orang jalan. tap tap tap.. kaki dye melangakah perlahan. aku buka tingkap bilik aku, aku jenguk keluar. aku ta nampak ape2... ummm.. dalam hati aku berbisik.. "mainan perasaan jew kut..". aku sambung baring balik.. lagi sekali aku dengar bunyi tapak kaki berjalan... aku terus keluar bilik. tp tak nampak sape2 pown. 
aku jalan2 kat corridor. ttbe aku nmpak bayang orang kat ground floor. aku pown panggil.. dye sembunyi.. aku pown turun bawah. alangkah terkejutnya aku bila aku nampak seorang lelaki yang tidak berkapala sedang mencari sesuatu.. rasanya kepala dye.. 
aku pown terus kaku. lemah lutut aku mase uh.. mase tu aku lupa semuanya. yang aku ingat na selamat an diri jew.. ya Allah. aku menjerit tp suara aku langsung tak keluar. aku cuba lari, tapi aku rasa macam jauh jew. aku berserah jew mase uh. aku jatuh melutut. makhluk tu makin rapat dengan aku.. darah membasahi tubuhnya.. makhluk itu makin hampir dan hampir. jantung aku berdegup kencang terasa seperti hendak pecah. "Allah.." aku bersuara. 
ttbe jew gelap pandangan aku.. bila aku bukak jew mata aku tengah tidur dekat katil... ummm??? "mimpi rupanya.. ingat an betul2.. tp real la mimpi uh.."